Tuesday, November 29, 2016

Pandangan tentang kursus Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan.

Pada pendapat saya, kursus teknologi dan inovasi dalam pendidikan merupakan salah satu pendekatan yang amat efektif bagi membuka mata pelajar untuk melihat sesuatu yan lebih terbuka terutamanya dalam bidang pendidikan. Jika dilihat dalam perspektif pendidikan hari ini,  kebanyakkan pengajar menggunakan pendekatan inovasi dan teknologi dengan menggunakan aplikasi microsoft terutamanya. Pelbagai inovasi telah dilakukan dengan kemunculan pelbagai aplikasi yang membantu dlam bidang pembelajaran dan pengajaran. Dalam kursus ini juga, kami sebagai pelajar diberi pendedahan terutamnya dalam inovasi dan teknologi. Jangkaan saya untuk kursus ini supaya dapat mempelajari cara penggunaan inovasi dan teknologi untuk digunakan dalam bidang pendidikan itu sendiri. Selain itu,  saya berharap supaya segala pembelajaran ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian bukan hanya diminimumkan dalam suatu bidang sahaja. 

Pembelajaran melalui video


Ini adalah salah satu cara saya belajar menggunakan adobe photoshop CS4 selain belajar di dalam kelas. Saya dapat melihat dengan lebih jelas langkah demi langkah yang dilakukan pada video ini.

Pengalaman pertama

Ini merupakan video pertama saya yang bertajuk haiwan yang bergerak. walaupun hasilnya tidak memuaskan usaha menjadi faktor utama dalam pembikinan video ini.

Mutiara kata

Ilmu merupakan perkara yang amat penting tetapi beringatlah sebelum dapatnya ilmu, kita menuntutnya dengan seseorang maka bersyukurlah Allah menghadirkan dia kepada kita

Selamat Datang