Bahan Bantu Mengajar(BBM) bukan elektronik

PROJEK: KAD BENTUK-BENTUK ASAS
Projek BBM ini merupakan projek yang memudahkan pelajar untuk menghafal dan memahami pelajaran. Pengajaran juga akan lebih menarik dengan kehadiran alat bantu mengajar yang berwarna-warni dan contoh-contoh objek berdekatan dengan mereka. Bagi projek ini, saya telah memilih untuk memfokuskan kepada murid-murid tadika yang berada dalam lingkungan umur 4 hingga 6 tahun kerana projek yang saya lakukan adalah mebentuk kad bentuk-bentuk asas seperti bulat, segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris . Berikut merupakan cara-cara pembuatan kad bentuk-bentuk asas:
1.     Sediakan barang-barang yang akan digunakan untuk menyiapkan kad bentuk-bentuk asas seperti kotak yang terpakai, gunting, gam dan pen marker.









2.      Tidak lupa juga pen-pen yang berwarna-warni bagi melukis dan mencantikkan kad supaya murid-murid lebih tertarik pada kad tersebut.

3.      Gunting kotak yang terpakai mengikut bentuk-bentuk asas.

4.     Gam kotak terpakai dengan kotak yang lain untuk menjadikan kad yang digunakan tebal.


5.      Tulis nama bentuk-bentuk asas pada bentuk yang telah digunting dengan menggunakan Bahasa melayu dan Bahasa inggeris.


6.      Ini adalah bentuk-bentuk asas yang telah disiapkan untuk kad bentuk-bentuk asas:
a)      Segi empat tepat

b)      Segi empat sama

c)      Bulat

d)     Segi tiga


7.      Maka terhasillah bentuk-bentuk asas yang telah dicantikkan dan diwarnakan.



No comments:

Post a Comment