GGGE 2123
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK ESEI
APLIKASI WHATSAPP
MESSENGER DALAM PENDIDIKAN
KUMPULAN TUTOR
ENCIK MD. YUSOFF DAUD
NAMA AHLI KUMPULAN
NAMA
|
NOMBOR
MATRIK
|
FATIN
FARHANA BINTI ABD AZIZ
|
A149992
|
NURALIA
AFIZA BINTI ABD WAHAB
|
A150173
|
NUR EZZATI
EDMUND
|
A157439
|
FAZIRA BINTI
KODIR
|
A159563
|
SITI NASIRAH
BINTI MOHAMAD
|
A160694
|
1.0 SEJARAH WHATSAPP
Whatsapp diberi nama berdasarkan perkataan
“What's
Up”. Pada permulaannya, aplikasi WhatsApp hanya diprogramkan untuk pengguna iPhone. Namun
begitu, seiring dengan kemajuan teknologi, aplikasi WhatsApp turut melebarkan
sayapnya dengan meluaskan penggunaanya dalam versi BlackBerry, Android, Windows
Phone dan Symbian. Pada
November 2010, WhatsApp menduduki posisi ke-3, aplikasi yang paling laris,
selepas Skype dan NHL game center premium.
Jika melihat kembali kehidupan pengasasnya iaitu Jan Koum yang melalui
kehidupan yang tidak segah Mark
Zuckerberg yang merupakan anak kepada pasangan doktor gigi, Bill Gates pula
secara teknikalnya adalah seorang jutawan sebelum beliau membina Microsoft pada
tahun 1975, dan Larry Page, seorang pengasas Google ialah anak kepada seorang
professor. Secara ringkasnya, beliau bukanlah sesiapa sebelum kedatangan
Whatsapp.
Dalam mengkaji aplikasi whatsapp kita sebagai pengkaji perlulah
mengenali sosok tubuh yang mengenengahkan idea ini. Oleh itu, marilah kita
menelusuri kisah beliau. Jan Koum dibesarkan di Ukraine, kesusahannya jelas
terpapar dengan ketiadaan pemanas air di rumahnya dan ia merupakan satu
keperluan pada ketika itu . Malah ibubapanya juga jarang menggunakan telefon
kerana takut perbualan mereka dipintas oleh pihak kerajaan. Oleh sebab itu,
Koum lebih mementingkan privasi menyebabkan terhasilnya idea untuk
memprogramkan aplikasi WhatsApp.
Ketika berusia 16 tahun, keluarganya terpaksa berpindah ke Mountain
View. Di mana beliau tinggal disebuah apartment kecil yang hanya memiliki dua
bilik. Sebelum sempat berpindah, ayah Koum telah meninggal dunia pada tahun
1997. Bagi menampung kos sara hidup, ibunya telah bekerja sebagai pengasuh
bayi, manakala Koum pula turut membantu dengan bekerja sebagai tukang cuci
disebuah pasaraya. Tidak lama kemudian, ibunya pula meninggal dunia pada tahun
2000 kerana kanser.
Pada usia 18 tahun Koum telah mula belajar mengenai komputer dengan
membeli buku-buku berkaitan komputer di kedai buku terpakai. Beliau juga pernah
menyertai kumpulan hacker 'Woowoo', serta pernah mencuri masuk server Silicon
Graphics. Beliau juga kerap berbual dengan Sean Fanning, pengasas Napster di
chat IRC. Koum kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti San Jose, dan
bekerja sambilan sebagai penguji keselamatan di Earnt & Young, di sinilah
Koum telah bertemu dengan Brian Acton (co-founder WhatsApp). Selepas enam
bulan, Koum bekerja di Yahoo sebagai jurutera infrastruktur sambil belajar di universiti.
Namun, dia tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk bekerja sambil
belajar. Beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan
pengajiannya tergantung.
Selepas 9 tahun Koum dan Acton bekerja di Yahoo, mereka telah mengambil
keputusan untuk berhenti bekerja di Yahoo kerana bosan dengan projek Panama,
platform pengiklanan di Yahoo. Dengan bekalan $ 400,000 wang simpanan di bank,
mereka telah mengembara ke Amerika Selatan. Selepas 2 tahun mereka meninggalkan
Yahoo, kehidupan mereka tidak berkembang. Namum pada tahun 2009 telah membuka
lembaran baru buat Koum apabila mual terfikir untuk mencipta aplikasi WhatsApp.
Idea untuk mencipta WhatsApp tercetus akibat rasa kebosanan Koum
terhadap aplikasi Skype yang memerlukan kata laluan sebelum log masuk. Hal ini
kerana beliau sukar untuk mengingati kata laluan yang telah ditetapkan oleh
beliau sendiri. Oleh itu, bagi mengatasi masalah itu Koum mula terfikir untuk
mencipta satu aplikasi yang hanya memerlukan nombor telefon sebagai pengenalan
(ID) penggunanya.
Koum telah mendapatkan khidmat Igor Solomennikov, seorang pembangun
aplikasi di RentACoder.com untuk menghasilkan aplikasi WhatsApp. Koum dengan
sepantas kilat telah mendaftarkan syarikat WhatsApp Inc di California pada 24
Februari 2009. Aplikasi WhatsApp masih beum dicipta ketika pendaftaran
dilakukan. Pada awalnya aplikasi ini tidak begitu menjadi dan sering
tersekat-sekat menyebabkan Koum berasa kecewa dan terfikir untuk mencari kerja semula. Selepas Koum
menghubungi kawannya Acton yang ketika itu baru sahaja ditolak oleh Facebook
dalam usahanya untuk mendapatkan pekerjaan. Koum mula menceritakan berkenaan
ideanya membina aplikasi WhatsApp. Idea itu telah diterima baik oleh Acton.
Mereka mula memperbaiki aplikasi WhatsApp dan telah menyewa sebuah sudut kecil
untuk dijadikan pejabat mereka, Evernote.
Pada Oktober 2009, Acton telah berjaya menarik 5 orang rakannya bekas
pekerja Yahoo untuk melabur dalam projek mereka, dengan jumlah pelaburan
$250,000. Hasil titik peluh mereka mula membuahkan hasil pada awal tahun 2010,
apabila mampu menjana keuntungan $5000 sebulan. Pada ketika itu aplikasi
WhatsApp banyak digunakan oleh pengguna iPhone yang menggunakan WhatsApp untuk
menghubungi pengguna Blackberry.
Pada tahun 2011, aplikasi WhatsApp terus berkembang apabila berjaya
menjadi popular dan menduduki carta top 20 di App Store. Pada masa ini mereka
tetap tidak mahu masukkan iklan dalam aplikasi WhatsApp. Kejayaan WhatsApp
diteruskan lagi apabila menarik minat Sequioa untuk melabur sebanyak $8 juta. Dua
tahun berselang, kedudukan WhatsApp semakin kukuh, Sequioa telah menambah lagi
perlaburan mereka meningkat kepada $50 Juta. dan telah membuatkan aplikasi
WhatsApp bernilai $1.5 Billion. Kini Koum dan Acton telah menjadi kaya raya
selepas Facebook bersetuju untuk membeli WhasApp dengan nilai $19 Billion.
Walaupun begitu, facebook dan Whatsapp merupakan aplikasi yang berbeza dengan
memfokuskan servis pemesejan yang laju dan boleh digunakan di mana-mana sahaja.
2.0 TUJUAN APLIKASI WHATSAPP
Aplikasi
Whatsapp bermula dengan tujuan sebagai salah satu alternatif bagi menggantikan
Khidmat Pesan Ringkas (SMS). Whatsapp adalah aplikasi pesan untuk telefon
pintar dengan asasnya mirip Blackberry Messenger. Aplikasi ini mampu menyokong
pelbagai jenis media seperti teks, foto, video, dokumen, lokasi dan juga
panggilan video. Ia merupakan aplikasi pesan lintas platform yang memungkinkan
pengguna untuk bertukar pesanan tanpa biaya SMS, kerana aplikasi Whatsapp
Messenger menggunakan paket data internet yang sama untuk email, pelayaran
internet dan lain-lain. Aplikasi Whatsapp ini menggunakan sambungan talian 3G
atau WiFi untuk komunikasi data. Oleh sebab itu, aplikasi Whatsapp dicipta
supaya semua orang boleh berhubung tidak mengira sempadan and boleh diakses di
mana-mana negara sekalipun.
Bersesuaian
dengan fungsinya sebagai medium komunikasi, aplikasi ini sangat membantu dalam
bidang pembelajaran dan komunikasi antara pelajar di institusi pengajian tinggi
khususnya. Pembiayaan untuk aplikasi ini juga adalah murah berbanding SMS
biasa. Sebagai medium komunikasi aplikasi ini menerima respon yang sangat positif
daripada pengguna kerana ia amat memudahkan pengguna untuk berkomunikasi dengan
hanya menggunakan belanja yang sedikit. Ciri-ciri utama seperti aplikasi chatting, panggilan suara, panggilan
video dan lain-lain memudahkan pelajar untuk berhubung dengan rakan-rakan
sekuliah dan juga pensyarah. Ia adalah medium yang selesa dan praktikal bagi
pelajar untuk mengajukan pertanyaan dan berkongsi maklumat seperti nota kepada
rakan-rakan mereka.
3.0 CARA PENGGUNAAN APLIKASI WHATSAPP
1.
Cara memasang aplikasi di telefon bimbit Android
·
Pastikan talian internet di telefon bimbit anda
diaktifkan
·
Kunjungi Google Play Store
·
Setelah masuk, klik butang hijau di
aplikasi Whatsapp yang bertulis
‘PASANG’ atau ‘INSTALL’.
·
Setelah siap dipasang ke dalam telefon bimbit, anda
dikehendaki mendaftarkan nombor telefon anda yang sedang digunakan ketika
itu beserta kod negara. Bagi Malaysia
kodnya ialah +06
·
Seterusnya, anda akan menerima khidmat pesanan
ringkas (SMS) yang berisi kod konformasi yang akan digunakan dalam langkah
selanjutnya. Setelah kod konformasi yang anda isikan adalah sepadan, aplikasi Whatsapp sudah boleh terus digunakan.
2.
Cara untuk memulakan perbualan / chatting
·
Setelah proses memasang dan mendaftar sudah lengkap,
secara automatik semua nombor kenalan anda yang juga mempunyai aplikasi Whatsapp akan tersenarai di dalam laman Whatsapp anda di bahagian ‘Contact’.
·
Untuk memulakan perbualan, klik pada mana-mana
kenalan anda di bahagian ‘Contact’ tersebut dan klik ‘mesej’.
·
Setelah itu, klik pada ruangan kosong untuk mula
menaip mesej anda.
·
Untuk menghantar pesanan, klik pada simbol anak
panah di sebelah kanan dan mesej anda akan dihantar.
3.
Cara membentuk kumpulan Whatsapp
·
Klik pada ikon Tetapan dan klik ‘Kumpulan Baru’.
·
Tambahkan kenalan yang anda kehendaki ke dalam kumpulan.
·
Letakkan nama kumpulan berserta gambar dan tekan
butang ‘/’.
·
Sekiranya ingin menambah kenalan lagi ke dalam
kumpulan, klik pada nama kumpulan dan pilih ‘tambah ahli’.
4.
Cara menghantar gambar atau video kepada kenalan
Whatsapp / kumpulan
·
Klik pada mana-mana kenalan anda ataupun kumpulan.
·
Klik pada
ruangan kosong untuk mesej.
·
Simbol klip kertas yang bererti attachment akan muncul. Klik pada simbol tersebut.
·
Klik pada mana-mana ikon yang anda mahu. Sekiranya
anda ingin menghantar gambar, klik pada ‘gambar’. Sekiranya anda ingin
menghantar video, klik pada video.
5.
Cara menyekat (block)
kenalan
·
Klik pada ‘Tetapan’ dan klik pada ‘Privasi’
·
Klik pada ‘Kenalan yang disekat’ dan klik pada ikon
tambah.
4.0 KEBAIKAN APLIKASI WHATSAPP
Whatsapp adalah sebuah
laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan
kaedah yang betul. Hubungan persahabatan
antara teman-teman sama ada di sekolah, university, kolej ataupun di tempat
kerja akan lebih erat. Ada juga individu yang menggunakan whatsapp untuk
mencari pengaruh, berkomunikasi dan berkongsi maklumat. Whatsapp menjadi
pilihan komunikasi jarak jauh masa sebenar.
Maklumat-maklumat yang bersifat
peribadi, sulit dan terhad boleh kekal seperti itu dengan syarat tiada ahli
kumpulan yang membuat salinan untuk pengguna lain atau menyalin paparan sehingga
tersebar sebagai viral. Kelebihan aplikasi penggunaan whatsapp dapat mengetahui
maklumat tentang mesyuarat atau perkembangan terkini sesebuah organisasi boleh
disampaikan dengan serta-merta kerana boleh dikatakan setiap orang pemilik
telefon pintar tidak pernah berpisah dengan gajet wajib masing-masing.
Sesetengah ketua jabatan sanggup melabel subordinat mereka sebagai tidak mesra
komunikasi semata-mata kerana tidak memiliki akaun Whatsapp. Mereka mahukan
perjalanan organisasi yang lebih segera, serta keluar daripada kepompong
kelembapan.
Selain itu, para pengguna aplikasi
ini dapat menjimatkan kos penggunaan kredit telefon bimbit ataupun telefon
pintar yang mereka gunakan untuk menghantar sebanyak mungkin pesanan kepada
rakan-rakannya tanpa penolakan kredit melalui penghantaran pesanan tersebut
kepada rakan-rakannya melalui aplikasi whatsapp tersebut. Pengguna aplikasi ini
juga dapat menghantar pesanan terus kepada rakan-rakannya tanpa perlu
mengkhususkan penghantaran mesej tersebut kepada rakan-rakannya dengan membuat
group menggunakan aplikasi whatsapps tersebut. Melalui aplikasi ini, pengguna
juga boleh berkongsi gambar, lagu-lagu , dan juga video-video kepada
rakan-rakan ataupun ahli keluarga .
Kelebihan aplikasi Whatsapp dalm
pendidikan pula ialah para pelajar dapat berkongsi maklumat dengan rakan
sekuliah mereka mahupun pensyarah. Kini, komunikasi antara pelajar dan
pensyarah adalah lebih mudah kerana aplikasi ini juga digunakan oleh semua
golongan tidak kira muda atau tua. Contohnya, sekiranya pelajar ingin berjumpa
dengan pensyarah, mereka boleh memaklumkan kepada pensyarah mereka terlebih
dahulu melalui aplikasi ini dan pelajar dapat mengetahui adakah pensyarah
mereka berada di bilik ketika itu. Ini memudahkan pelajar untuk mendapatkan
ilmu dengan lebih efisyen. Diskusi kumpulan juga dapat dilaksanakan dalam
Whatsapp dan ini amat membantu sekiranya terdapat projek kumpulan yang perlu
dilaksanakan dan ahli kumpulan mempunyai masa yang terhad untuk membuat
perjumpaan secara face-to-face.
Selain itu, dokumen seperti powerpoint,
docs, Adobe Reader juga boleh dikongsikan melalui aplikasi ini. Maklumat
juga bleh dikongsikan melalui gambar dan juga video.
Aplikasi ini memudahkan pengguna
untuk berkongsi peristiwa-peristiwa manis bersama ahli keluarga dan juga
teman-teman . Seterusnya, penggunaan aplikasi whatsapp ini dapat menjimatkan
kos membayar bil telefon dan internet. Sesuai untuk pelajar, ibu bapa yang
bertugas di luar negara, . Penggunaan aplikasi whatsapp ini mampu untuk mebuat
panggilan video, panggilan suara dan “berchatting” dengan sanak saudara dengan
percuma. Dengan ini, pelajar dan ibu bapa yang belajar atau bekerja di luar
negara mampu untuk berhubung terus dengan saudara mara mereka ketika berada di
perantauan tanpa perlu bimbang akan bil internet kerana bil internet adalah
tetap untuk setiap bulan.
Kos yang diperuntukkan untuk
berhubung dengan keluarga mampu dikurangkan secara lebih berkesan dan dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Masalah jarak beribu batu sudah tidak
menjadi alasan untuk berhubung dengan ahli keluarga secara kerap. Bagi pelajar
yang berkahwin di luar negara, hari bahagia seperti majlis perkahwinan mereka
dapat dikongsi sama tanpa perlu
mengeluarkan kos penginapan dan tiket penerbangan. Hal ini kerana majlis
perkahwinan anak mereka boleh ditonton oleh keluarga secara langsung
menggunakan skype walaupun dimana jua anda berada. Sudah semestinya penjimatan
seperti ini sangat diperlukan oleh para pelajar dan pekerja yang tinggal di
luar negara. Jelaslah, perkembangan media sosial sebagai medium perhubungan
mampu membawa kebaikan yang positif dan pengjimatan kepada penggunanya.
Aplikasi whatsapp dapat menubuhkan group- group yang diingini sebagai contoh
group rakan tetangga, group bekas rakan sekolah, group tazkirah dan sebagainya.
5.0 KEBURUKAN APLIKASI WHATSAPP
Antara
keburukan whatsapp ialah pengguna tidak dapat
menghantar pesanan kepada teman menggunakan aplikasi whatsapp sekiranya tidak
mempunyai sambungan internet sama ada melalui "Wifi" ataupun
"data conn". Ini kerana aplikasi whatsapp memerlukan sambungan
internet untuk terus menghantar dan menerima pesanan daripada penghantar .
Keburukan
whatsapp seterusnya ialah pengguna juga tidak
boleh untuk menyebut (mention) nama teman sekiranya ingin bertanyakan soalan
ketika perbualan melalui kumpulan.Ini merupakan salah satu punca masalah bagi
pengguna whatsapp yang mencipta group untuk perbincangan.Contohnya ;
Ahmad telah berkongsi masalah
tentang masalah politik didalam group dan dia ingin mendapatkan jawapan
berkaitan masalah daripada seorang kawannya yang merupakan ahli group whatsapp
tersebut dan juga merupakan salah seorang yang pakar tentang politik tetapi
kawannya itu tidak aktif pada masa itu .Maka perkongsiannya itu akan beralih ke
bahagian paling atas ruangan untuk persembangan hasil daripada komen pendapat
rakan-rakannya yang lain.
Ini akan menyebabkan rakan yang lain tidak dapat untuk melihat pesanan-pesanan
terdahulu .
Selain
itu,keburukan penggunaan whatsapp ialah aplikasi ini juga
boleh menyebabkan telefon pintar pengguna rosak akibat daripada penerimaan
mesej yang berlebihan dalam satu masa. Sebagai contoh;
Apabila
seorang pengguna yang menggunakan aplikasi whatsapp ini menghidupkan telefon
pintarnya lalu membuat sambungan internet maka pengguna tersebut akan menerima
mesej daripada teman-temannya melalui aplikasi whatsapp itu sendiri yang boleh
mencecah ribuan mesej dalam satu masa sekiranya pengguna tersebut mempunyai
banyak "group" didalam aplikasi whatsapp .Ini lah yang menyebabkan
kerosakan kepada telefon pintar tersebut akibat tidak dapat menampung ribuan
mesej tersebut .
Keburukan
whatsapp juga dapat dilihat dari segi sikap
masyarakat dunia terutama pelajar
amat besar sekali.Aplikasi
Whatsapp memberi impak buruk
kepada para pelajar pengajian dari segi masalah sosial dan juga pembaziran masa
.Bagi masalah sosial,
perkara ini sering berlaku di mana-mana pusat pengajian tinggi .Dengan wujudnya
aplikasi whatsapp ini perkara-perkara seperti masalah sosial dikalangan pelajar
pengajian tinggi lebih mudah berlaku kerana aplikasi whatsapp tersebut tidak
mengenakan bayaran kepada pengguna .Oleh itu , para pelajar pengajian tinggi
bebas untuk bersosial kepada semua orang .
Keburukan
whatsapp juga dapat dilihat dalam pembahagian masa pelajar tidak terurus kerana
mereka leka untuk bersosial. Dari segi pembaziran
masa , para pelajar pengajian lebih banyak menghabiskan masa mereka dengan
bersembang bersama rakan-rakan menggunakan aplikasi whatsapp tersebut .
Keburukan aplikasi
whatsapp yang seterusnya ialah
boleh menjadi media penyebaran fitnah dalam kalangan pelajar pengajian tinggi
sekiranya terdapat individu yang tidak bertanggung jawab melakukan
perkara-perkara yang sebegitu. Sebagai contoh , seorang pelajar mengkongsikan
isu-isu berkaitan kehilangan kapal terbang MH370 melalui aplikasi whatsapp
sedangkan individu tersebut tidak tahu kebenaran ataupun kesahihan terhadap apa
yang individu itu sampaikan kepada pengguna whatsapp .
6.0 RUMUSAN
Kesimpulannya,
aplikasi Whatsapp memberikan banyak kesan baik dan juga buruk kepada
pendidikan. Bergantung kepada pelajar sendiri bagaimana ingin menggunakannya.
Aplikasi ini akan menjadi sangat berfaedah sekiranya pelajar tidak
menyalahgunakannya. Pembelajaran dan perbincangan akan menjadi lebih mudah
apabila adanya aplikasi ini yang membolehkan pelajar berhubung dan berdiskusi
walupun dalam keadaan jarak jauh. Walaubagaimanapun, ia akan menjadi suatu
masalah sosial yang agak serius sekiranya pelajar mahupun golongan muda
meggunakan aplikasi ini untuk tujuan yang salah dan tidak bermoral. Pelajar
yang menyalahgunakan akan menjadikan Whatsapp
ssebagai medium pergaduhan dan meluahkan rasa tidak puas hati dan seterusnya
ini juga akan memburukkan institusi pendidikan. Oleh itu, masyarakat dan
golongan pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menentukan cara yang
terbaik bagi golongan muda lagi belia ini untuk mendapat pendidikan yang
sewajarnya.
7.0 RUJUKAN
No comments:
Post a Comment